Skip to main content

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Kategori ini mempunyai 4 sub kategori. Penyertaan dikhususkan untuk Staf USM sahaja.

  • Kurikulum Program Pengajian Inovatif

    Kurikulum inovatif merupakan program akademik yang memberikan penekanan terhadap reka bentuk kurikulum yang berasaskan hasil pembelajaran pelajar. Ini merangkumi pedagogi yang inovatif, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran kondusif dan interaktif. Kurikulum ini memberikan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan analitik bagi mencapai hasil pembelajaran yang responsif kepada perubahan serta keperluan negara dan global.


  • Pengajaran Transformatif

    Transformasi kaedah pengajaran sama ada dalam bentuk syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan. Kategori ini memberi fokus kepada kaedah pengajaran bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan pencapaian pembelajaran pelajar. Kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif dan interaktif terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar (active learning). Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran (learning outcome).

  • Pengalaman Pembelajaran Imersif

    Suasana pembelajaran bermakna yang mana pelajar terlibat secara aktif dan menghayati kandungan yang dipelajari sama ada dalam konteks simulasi ataupun keadaan sebenar

  • Pentaksiran Alternatif

    Kaedah pentaksiran alternatif merupakan kaedah pentaksiran bukan konvensional yang tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif. Ia boleh merangkumi pentaksiran formatif, autentik, holistik dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu hasil pembelajaran secara efektif. Kaedah pentaksiran perlu selari dengan pencapaian hasil pembelajaran berdasarkan domain Kerangka Kelayakan Malaysia MQF 2.0 dan keterlibatan pelajar. Kaedah pentaksiran perlu mengukur sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran.

Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


Kategori ini mempunyai 2 sub kategori. Penyertaan terbuka untuk Staf dan Pelajar USM. Ia menumpukan terhadap inovasi yang dihasilkan dalam PdP menggunakan bahan bantu mengajar, sama ada :

a) Berbentuk dalam talian

contoh : e-pembelajaran, pembelajaran teradun dan OER;

atau

b) Produk

contoh : Alat multimedia, model, video, aplikasi komputer, aplikasi mudah alih, sistem, pembelajaran, virtual/augmented reality, dan seumpamanya.