Skip to main content

28 Oktober 2025 | Selasa

Academia
Fiesta@USM

Academia
Fiesta@USM

Building Networks of EduChamps

Academia Fiesta@USM dengan tema "Building Networks of EduChamps" bertujuan mendorong dan menggalakkan staf dan pelajar USM untuk menghasilkan idea-idea kreatif dalam mereka bentuk pengajaran dan pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Pertandingan ini juga menyediakan platform kepada warga USM termasuk pelajar untuk berkongsi amalan terbaik, mengetengahkan inovasi dan kreativiti dalam reka bentuk dan pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan mengiktiraf usaha warga universiti dalam membudayakan amalan menghasilkan inovasi yang kreatif dan inovatif.

Objektif

  1. Mengenal pasti produk dan inovasi PdP yang boleh diketengahkan di peringkat USM dan kebangsaan.

  2. Membudayakan penghasilan inovasi PdP dalam reka bentuk proses PdP dan pembangunan bahan PdP dalam kalangan warga akademik dan pelajar selari dengan hasrat menghasilkan pelajar yang mempunyai kualiti HEBAT.

  3. Berkongsi amalan terbaik projek-projek dan inisiatif PdP yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat pusat pengajian atau institusi oleh pensyarah.

  4. Berkongsi amalan terbaik penghasilan bahan pembelajaran dalam projek, tugasan dan nota kendiri sama ada di peringkat pusat pengajian atau institusi oleh pelajar.

  5. Menggalakkan idea dan pemikiran kreatif, inovatif dan inventif dalam aspek PdP di USM.

  6. Menggalakkan penyelesaian masalah pedagogi pengajaran dan bahan pembelajaran melalui kreativiti dan inovasi bahan PdP.

  7. Mengiktiraf ahli akademik yang telah mengambil langkah terkehadapan dengan membangunkan kursus MOOC dan Micro-credential berkualiti di Universiti Sains Malaysia.

Kategori Pertandingan
Tarikh Penting
Tarikh Tutup Pendaftaran
1 April 2025
Tarikh Tutup Penghantaran
15 Julai 2025

Academia Fiesta@USM

28 Oktober 2025

Anjuran

BAA

CDAE

Academia Fiesta@USM

28 Oktober 2025