Skip to main content

Format Penghantaran

Terdapat empat kategori dengan keperluan format yang berbeza bagi setiap satu untuk memastikan keselarasan dan kelancaran dalam proses penilaian

Kategori

Peserta perlu menghantar:

  • E-poster (format PDF & PNG)
  • Video pitching (berdurasi 3-5 minit)

Kategori

Peserta perlu menghantar:

  • E-poster (format PDF & PNG)
  • Video pitching (berdurasi 3-5 minit)

Kategori

Peserta perlu menghantar pautan MOOC (OpenLearning)

Kategori

Peserta perlu menghantar pautan MC (OpenLearning) 

ACADEMIA FIESTA 2025

Format e-Poster

E-poster Academia Fiesta 2025

Format e-poster yang diberi adalah sebagai panduan kepada peserta. Peserta boleh menggunakannya dengan menambah sebarang ilustrasi (graf, gambarajah, gambar dan sebagainya) untuk menonjolkan keberkesanan inovasi. Peserta juga bebas mereka bentuk e-poster sendiri. Pastikan kandungan utama dimasukkan.

Saiz e-poster

Portrait A1
594 x 841 mm / 23.4 x 33.1 inch (lebar x tinggi)

Format fail

Peserta perlu menghantar dua (2) jenis fail, iaitu PDF dan PNG.

Jenis fon

Peserta dibenarkan menukar jenis fon, warna teks dan latar belakang. Saiz fon hendaklah sekurang-kurangnya 20pt

Kandungan utama e-poster
  1. Abstrak/Penerangan
  2. Objektif
  3. Nilai tambah
  4. Kebolehgunaan
  5. Potensi komersial
  6. Pengiktirafan
  7. Nama dan foto peserta/ahli pasukan

ACADEMIA FIESTA 2025

Format Video Pitching

Durasi

Rakaman pembentangan video antara 3 sehingga 5 minit.

Pilihan Bahasa

Boleh dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Kandungan Video

PENTING : Peserta disaran mempersembahkan maklumat tambahan bagi menyokong dan mengukuhkan maklumat yang dipamerkan dalam e-poster.

Keperluan Penghantaran

Video hendaklah dimuat naik di YouTube terlebih dahulu dengan disetkan unlisted dan meletakkan pautan di borang penyerahan.

Keperluan Video

Mestilah dimulakan dengan intro ACADEMIA FIESTA@USM & pengenalan ahli pasukan. Peserta boleh memilih mana-mana intro ACADEMIA FIESTA@USM yang disediakan.

Perlu Bantuan?

Jangan risau! Kami sedia membantu. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi kami melalui emel di bawah.