Skip to main content

EduChamp Challenge

Kategori 1 mempunyai 4 sub kategori. Penyertaan terbuka kepada Staf USM.

Kurikulum Program Pengajian Inovatif

Kurikulum inovatif merupakan program akademik yang memberikan penekanan terhadap reka bentuk kurikulum yang berasaskan hasil pembelajaran pelajar. Ini merangkumi pedagogi yang inovatif, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran kondusif dan interaktif. Kurikulum ini memberikan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan analitik bagi mencapai hasil pembelajaran yang responsif kepada perubahan serta keperluan negara dan global.


Pengajaran Transformatif

Transformasi kaedah pengajaran sama ada dalam bentuk syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan. Kategori ini memberi fokus kepada kaedah pengajaran bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan pencapaian pembelajaran pelajar. Kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif dan interaktif terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar (active learning). Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran (learning outcome).

Pengalaman Pembelajaran Imersif

Suasana pembelajaran bermakna yang mana pelajar terlibat secara aktif dan menghayati kandungan yang dipelajari sama ada dalam konteks simulasi ataupun keadaan sebenar

Pentaksiran Alternatif

Kaedah pentaksiran alternatif merupakan kaedah pentaksiran bukan konvensional yang tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif. Ia boleh merangkumi pentaksiran formatif, autentik, holistik dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu hasil pembelajaran secara efektif. Kaedah pentaksiran perlu selari dengan pencapaian hasil pembelajaran berdasarkan domain Kerangka Kelayakan Malaysia MQF 2.0 dan keterlibatan pelajar. Kaedah pentaksiran perlu mengukur sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran.

Inovasi PdP

Penyertaan terbuka kepada Staf dan Pelajar USM.

Platform pembelajaran / Open Educational Resources

Learning Management, System Content Management System, Slideshare Channel, Youtube Channel, Blog, E-buku dan seumpamanya

Bahan Sokongan PdP

Alat multimedia, model, video, aplikasi komputer, aplikasi mudah alih, sistem dan seumpamanya

Lain-lain Inovasi

Analitik pembelajaran, virtual/augmented reality, dan seumpamanya

MOOC Challenge

Penyertaan terbuka kepada Staf USM.

Kategori 3

MOOC Challenge

Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf staf USM yang membangunkan dan menggunakan MOOC secara efektif.

Tumpuan diberikan kepada MOOC yang menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan media serta menyediakan sijil digital kepada peserta.

Akademik

MOOC yang dibangunkan daripada program atau kursus akademik, sama ada secara lengkap atau sebahagian, boleh diiktiraf bagi pemindahan kredit.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)/ Lifelong Learning

MOOC yang dbangunkan untuk meningkatkan kemahiran atau pengetahuan tanpa keperluan akademik formal.

Micro-credential (MC)
Challenge

Penyertaan terbuka kepada Staf USM.

Kategori 4

MC Challenge

Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf staf USM yang membangunkan dan menggunakan Micro-credential (MC) secara efektif melalui platform learning4life.usm.my.

Tumpuan diberikan kepada MC yang menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan media serta menyediakan sijil digital kepada peserta.

Akademik

MC yang dibangunkan daripada program atau kursus akademik, sama ada secara lengkap atau sebahagian, boleh diiktiraf bagi pemindahan kredit.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)/ Lifelong Learning

MC yang dibangunkan untuk kursus profesional atau bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan tanpa keperluan akademik formal.

Syarat Penyertaan

Pendaftaran dibuka
1 Mac 2025 sehingga 1 April 2025