Skip to main content

Syarat Penyertaan

  1. Inovasi yang dipertandingkan mestilah berkaitan dengan kaedah pengajaran atau bahan PdP.

  2. Inovasi yang dihasilkan adalah asli, unik dan bebas daripada unsur plagiat.

  3. Inovasi tersebut hendaklah telah dilaksanakan dan mendapat bukti akan keberkesanannya melalui maklum balas pelajar.

  4. Pertandingan boleh disertai oleh staf/pelajar secara individu mahupun berkumpulan (maksimum 5 orang).

  5. Kombinasi pensyarah, staf bukan akademik dan pelajar adalah dibenarkan.

  6. Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi meningkatkan kualiti PdP di peringkat pengajian tinggi.

  7. Peserta boleh mengemukakan lebih daripada satu penyertaan.

  8. Sebarang bahan pertandingan perlu bebas daripada unsur-unsur yang melanggar etika dan peraturan Universiti, atau sebarang isu yang boleh mendatangkan mudarat kepada warga Universiti dan umum.

 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang dianggap tidak bersesuaian. 

Kriteria Penilaian

  • Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

    • Rasional - Apakah isu/permasalahan utama yang menggerakkan pemikiran dan reka bentuk semula?
    • Pendekatan - Apakah pendekatan/pemikiran dan reka bentuk semula yang digunakan?
    • Keterlibatan Pelajar - Bagaimana pelajar terlibat dalam pengalaman pembelajaran bermakna?
    • Impak/Keberkesanan Projek - Apakah impak utama ke atas pengalaman pembelajaran dan pencapaian pembelajaran pelajar?
  • Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

    • Isu dan nilai tambah dalam pengajaran & pembelajaran
    • Keaslian dan kreativiti
    • Kegunaan dan praktikaliti
    • Potensi komersial / pengiktirafan
    • Bukti (contohnya, gambar, artikel surat khabar, jurnal dll)
    • Pembentangan dalam bentuk video

Format Pertandingan

Peserta perlu menghantar e-poster projek (format PDF & PNG) serta video pitching (selama 3-5 minit).